Tweezer brand Solingen |
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kita bertemu lagi untuk post saya yang terbaru.
Post kali ini berkaitan aksesori untuk memegang duit kertas dengan cara yang betul. Aksesori seperti yg terdapat didalam gambar ialah Tweezer berjenama Solingen dari Jerman.
Tujuan penggunaan Tweezer adalah untuk mengelakkan kotoran melekat pada note UNC sekiranya kita memegang menggunakan jari secara terus.
Kotoran yang melekat sudah pasti akan menurunkan gred note tersebut dan rasanya tiada salah jika kita mengeluarkan sedikit modal untuk memastikan koleksi kita benar-benar terjaga dan bersih.