Pada 2 September 2013, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dan menjual duit syiling peringatan bersempena ulang tahun Muzium Negara Ke-50 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan dicawangannya. Muzium Negara ini telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.
Perincian mengenai syiling peringatan ini boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia, Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Muzium Negara Ke-50.