06 June 2013

Extra Dot (Part 3): 5 sen 1982






Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Ini mungkin merupakan part yang terakhir mengenai syiling extra dot yang berada di dalam koleksi saya.
Ramai juga kolektor yang masih mencari 5 sen 1982 extra dot ini, dan alhamdullillah saya berjaya memperolehinya hanya dengan face value. 


Seperti yang para pembaca boleh lihat pada gambar di atas, kedudukan extra dot nya mempunyai 3 tempat utama. Pada bahagian bangunan Parlimen, dibawah bulan & bintang serta berhampiran kawasan flat Parlimen.

Apa yang boleh saya katakan kepada semua kolektor yang masih tiada variety ini, teruskan mencari kerana setiap usaha akan membawa kepada kejayaan.
 


05 June 2013

Clipped Planchet: 20 sen 2006




Alhamdullillah, mungkin rezeki saya untuk memiliki koleksi syiling error yang terbaru ini. Error ini di panggil Clipped Planchet Error.
Walaupun ini hanya minor clipped planchet, tetapi tetap menarik pada pandangan saya kerana ini clipped planchet yang pertama bagi saya dan diperolehi dengan face value sahaja.





Kebanyakan syiling Clipped Planchet yang asli mempunyai kesan-kesan 'Blakesley Effect' pada bahagian yang bertentangan dengan Clipped Planchet.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Clipped Planchet ini, anda oleh melayari laman web ini, Error coins - Clipped planchet.


01 June 2013

RM5.00 Siri 10


RM5.00 SIRI 10
Tahun: 1999
Gabenor: Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman
Prefix: AA - AM
Replacement Prefix:ZA

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, today entree will be on RM5.00 10th Series that was signed by Tan Sri Dr Ali Abul Hassan. Often people mistakenly thought that this note was signed by Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah because the similarity of the sign.
This 10th Series start from AA - AM and including prefix for replacement note with ZA.