Pada 1 May 1971, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling bernilai $1 untuk edaran dan kegunaan orang ramai. Di sekeliling sisi duit syiling tersebut dicetak dengan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Duit syiling ini mempunyai garis pusat berdiameter 23.50mm, mempunyai berat 5.70gm serta berkandungan kupro-nikel. Duit syiling ini ditempa di Kilang Wang, Shah Alam.
Tahun Keluaran: 1971 Jumlah Tempaan: 2 378 995 Keping |
Tahun Keluaran: 1980 Jumlah Tempaan: 472 095 Keping |
Tahun Keluaran: 1981 Jumlah Tempaan: 764 795 Keping |
Tahun Keluaran: 1982 Jumlah Tempaan: 201 550 Keping |
Tahun Keluaran: 1984 Jumlah Tempaan: 355 472 Keping |
Tahun Keluaran: 1985 Jumlah Tempaan: 301 583 Keping |
Tahun Keluaran: 1986 Jumlah Tempaan: 252 473 Keping |