Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rasanya begitula yang boleh digambarkan pada penemuan saya untuk syiling keydate ini.
Syiling ini ialah syiling 20 sen 1994, yang dikategorikan sebagai keydate kerana mempunyai keluaran sebanyak 2.6j keping. Syiling ini dikategorikan sebagai Rotated Error yang pada pandangan saya rotate sebanyak 135°CW. Ini merupakan syiling yang telah lama berada dalam simpanan saya, dan baru hanya sekarang saya perasan bahawa syiling ini mempunyai error sebegini.
*maaf diatas ketidaktajaman gambar, hanya menggunakan camera handset.
Salam,
ReplyDeleteSyabas! 'Rotated die strike' error ini dengan darjah rotation yang hampir sempurna (135-180).
Cheers!
Wasalam,
DeleteIni merupakan hasil daripada membelek syiling2 lama yg berada dalam koleksi.
Salam. Tahniah!
ReplyDeleteBelum jumpa syiling keydate mcm ni lagi. Kalau tahun biasa tu adalah.
Wasalam,
DeleteTerima kasih. Ini merupakan usaha berterusan dan juga nasib. Insyaallah tuan/puan akan dapat juga.