21 March 2013

Syiling Peringatan UiTM








Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca koleksi saya yang lain iaitu Syiling Peringatan UiTM sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA.
Sempena dengan sambutan tersebut, pihak Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis syiling peringatan iaitu Duit Syiling Peringatan Emas (pruf), Duit Syiling Peringatan Perak (pruf), dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.
Saya hanya mempunyai Syiling Peringatan Emas Nordic kerana tag harga Syiling Emas dan Syiling Perak yang berada diluar dari kemampuan saya. Maklumat lanjut mengenai Syiling Peringatan ini boleh diperolehi di laman web BNM iaitu Syiling Peringatan UiTM.


20 March 2013

Syiling BU



Syiling BU

Apakah yang dimaksudkan dengan syiling BU ini? Boleh merujuk kepada link yang saya sertakan ini, BU Coin.
Dari kata lain, syiling BU ini merupakan syiling yang tidak pernah diedarkan untuk kegunaan umum serta mempunyai lustre yang original dari saat pembuatannya di kilang.
Bagi peminat syiling, syiling BU merupakan satu matlamat yang wajar dipenuhi sekiranya ingin mendapat kepuasan dalam hobi ini. Tetapi harus diingatkan bahawa harga syiling BU boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada tahunnya.
Buat masa ini, saya hanya mempunyai 3 keping syiling BU didalam simpanan peribadi. Hajat dihati adalah mengumpul set lengkap mengikut tahun tapi itu semua bergantung kepada keberadaan stok serta kekuatan wang ringgit saya sendiri.



19 March 2013

RM1: 5th Series - 6th Series

RM1.00 SIRI - 5 (TDLR)
Tahun: 1982 - 1984
Gabenor: Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix: AA - AV
Replacement Prefix: BA 00 - BA 06
RM1.00 SIRI - 5 (Bradbury Wilkinson)
Tahun: 1982 - 1984
Gabenor: Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha
Cetakan: Bradbury Wilkinson
Prefix: AW - BZ
Replacement Prefix: -
RM1.00 SIRI - 6 (w/o Silver Thread)
 Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Tun Jaffar Bin Hussein
Cetakan: Thomas De La Rue
Variety: Without Silver Thread
Prefix: CA - FC
Replacement Prefix: BA 07 - BA 33
RM1.00 SIRI - 6 (With Silver Thread)
 Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Tun Jaffar Bin Hussein
Cetakan: Thomas De La Rue
Variety: With Silver Thread
Prefix: FD - HJ
Replacement Prefix: BA 34 - BA5
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Post ini adalah sambungan dari RM1: 1st Series - 4th Series iaitu koleksi duit kertas denominasi Satu Ringgit yang berada didalam koleksi saya. 
Condition duit diatas hampir semuanya UNC kecuali RM1 Siri 5(Bradbury) yang boleh saya gredkan sebagai EF. Begitu juga seperti sebelumnya, note replacementnya masih belum saya miliki. Insyaallah akan dicari supaya boleh melengkapkan koleksi peribadi ini.

18 March 2013

10sen 2007 DDO



 Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Topik hari ini berkisar mengenai syiling 10sen 2007 DDO. DDO ialah Double Die Obverse ataupun Acuan Berganda pada syiling. Untuk Kepastian lanjut, boleh melihat gambar yg telah saya lampirkan dibawah mengenai perbezaan syiling 10sen 2007 normal dengan syiling 10sen 2007 DDO.



DDO
Normal
DDO
Normal
DDO
Normal

14 March 2013

RM1 1st Series - 4th Series

 RM1.00 SIRI - 1
Tahun: 1967 - 1972
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Bradbury Wilkinson
Prefix: A/1 - D/3
Replacement Prefix: Z/1
RM1.00 SIRI - 2 
Tahun: 1972 - 1976
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Bradbury Wilkinson
Prefix: D/4 - E/52
Replacement Prefix: -
 RM1.00 SIRI - 3
Tahun: 1976 - 1981
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Bradbury Wilkinson
Prefix: E/53 - L/69
Replacement Prefix: Z/1
RM1.00 SIRI - 4
Tahun: 1981 - 1983
Gabenor: Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha
Cetakan: Bradbury Wilkinson
Prefix: L/70 - Q/34
Replacement Prefix: -

Assalamualaikum & salam 1Malaysia. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai RM1 1st Series hingga 4th Series yang ada didalam simpanan saya.
Buat masa ini, hanya 2nd series & 4th series sahaja yang berada dalam condition UNC manakala 1st series hanya fine & 3rd series very fine.Insyaallah saya ingin menaiktaraf koleksi saya ini ke tahap UNC. Hanya masa dan kewangan yang akan menentukan.

11 March 2013

10sen 2007 DDR Monster








Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Hari ini saya ingin berkongsi tentang duit syiling 10sen 2007 DDR Monster. Syiling ni saya dapat fv dari lebihan bayaran kedai mamak.