Showing posts with label Double Die Variety. Show all posts
Showing posts with label Double Die Variety. Show all posts

11 November 2014

20sen 2009 DDR v1




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini saya terjumpa lagi sekeping syiling DDV (Double Die Variety) semasa proses meneliti syiling-syiling yang diperolehi dari rakan saya. Boleh dikatakan bahawa DDV ini antara yang terbaru masuk didalam kategori ini iaitu 20sen 2009 DDR v1.


Gandaan ini dapat dilihat menggunakan kanta, iaitu pada bahagian stigmanya. Ciri-ciri lain ialah notching yang dapat dilihat pada perkataan 'malAYSIA'. Tetapi untuk syiling yang saya simpan ini, keadaannya sedikit lusuh dan perlu pemerhatian yang lebih untuk melihat notching pada perkataan tersebut.



12 May 2014

5sen 2009 DDO







Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan semua. Perkongsian saya untuk hari ini ialah mengenai syiling 5sen 2009 DDO ataupun lebih dikenali sebagai 'Twin Tower' dikalangan pengumpul syiling DDV.
Syiling ini begitu senang untuk dikenali, melalui doubling pada puncak gasing yang merupakan sebab utama digelar sebagai 'Twin Tower'. Permintaan yang tinggi telah menyebabkan harganya melonjak naik ketika ini. Mujurlah, saya memperolehi syiling ini melalui kaedah pertukaran dengan rakan numis iaitu En Edyham Rabu. Terima kasih kepada beliau, saya mempunyai DDV yang digilai ramai ini






08 May 2014

10sen 2006 DDO


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan semua. Memang sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini kerana kekangan masa. Kini, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan semua penemuan terbaru saya berkenaan syiling DDV. 


10sen 2006 DDO ini merupakan antara syiling yang dicari oleh pengumpul DDV kerana gandaan yang jelas terutama pada bahagian kepala congkak.
Ramai pengumpul DDV menggelarkan ia sebagai 'Ghostly Congkak' dek kerana kejelasan gandaan tersebut. Saya berasa beruntung kerana memperolehi syiling tersebut secara face value. Semoga rakan-rakan diluar sana tidak akan berputus asa untuk memburu DDV ini. 


09 September 2013

10sen 2004 DDO


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya kerana kesuntukan masa.
Hari ini, saya akan berkongsi dengan pembaca semua koleksi saya yang baharu diperolehi iaitu 10sen 2004 DDO. 2 keping syiling ini diperolehi semasa proses me'scan' duit syiling yang diperolehi daripada teman saya.




03 April 2013

20sen 2008 DDR







Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Pagi ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai syiling Malaysia 20 sen DDR. DDR atau Double Die Reverse atau Acuan Berganda. DDR ini dikategorikan sebagai Class V (Pivoted Hub Doubling). Maklumat tentang kategori ini boleh dibaca di laman web ini, Class V Pivoted Hub Doubling.

18 March 2013

10sen 2007 DDO



 Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Topik hari ini berkisar mengenai syiling 10sen 2007 DDO. DDO ialah Double Die Obverse ataupun Acuan Berganda pada syiling. Untuk Kepastian lanjut, boleh melihat gambar yg telah saya lampirkan dibawah mengenai perbezaan syiling 10sen 2007 normal dengan syiling 10sen 2007 DDO.



DDO
Normal
DDO
Normal
DDO
Normal

11 March 2013

10sen 2007 DDR Monster








Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Hari ini saya ingin berkongsi tentang duit syiling 10sen 2007 DDR Monster. Syiling ni saya dapat fv dari lebihan bayaran kedai mamak.