Showing posts with label Syiling Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Syiling Peringatan. Show all posts

21 May 2014

Syiling Peringatan Sempena Jubli Emas Muzium Negara Ke-50



Pada 2 September 2013, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dan menjual duit syiling peringatan bersempena ulang tahun Muzium Negara Ke-50 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan dicawangannya. Muzium Negara ini telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.

Perincian mengenai syiling peringatan ini boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia, Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Muzium Negara Ke-50.




17 June 2013

Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV



Pada 28 Jun 2012, pihak Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan Perlantikan Yang Di Pertuan Agong XIV. 3 jenis syiling peringatan iaitu Duit Syiling Peringatan Emas (pruf), Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) dan juga Duit Syiling Peringatan Emas Nordic. 







Spesifikasi untuk duit syiling peringatan ini boleh didapati di laman web BNM iaitu, Spesifikasi Teknikal, serta rekabentuk syiling, Rekabentuk Syiling.

22 April 2013

Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri & Pengakap Sedunia




Pada tanggal 30 Mei 2012, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Syiling Peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Ipoh, Perak. Maklumat lebih lanjut boleh dibaca di laman web BNM, Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.






Spesifikasi mengenai syiling peringatan ini boleh diperolehi di link ini, Spesifikasi Teknikal dan Rekabentuk.

05 April 2013

Malaysia's New Third Coins Series



Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. On July 26 2011, Bank Negara Malaysia has issued commemorative coin for Malaysia's New Third Coins Series.
A total of 500,000 sets of Malaysia's New Third Coins Series has been produced and each set has cost RM10.00. 
The issuance of the Malaysia's New Third Coins Series are based on Malaysia's beautiful and rich culture that has stunned the world. Each of these coins have been crafted with the form of nature, flora and fauna that can be found in Malaysia. Therefore, it will be a great collection for those that love to treasured those beautiful images in 1 set.






Detail of each coins can be refer on BNM Coins Spec. Enjoy reading!


21 March 2013

Syiling Peringatan UiTM








Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca koleksi saya yang lain iaitu Syiling Peringatan UiTM sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA.
Sempena dengan sambutan tersebut, pihak Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis syiling peringatan iaitu Duit Syiling Peringatan Emas (pruf), Duit Syiling Peringatan Perak (pruf), dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.
Saya hanya mempunyai Syiling Peringatan Emas Nordic kerana tag harga Syiling Emas dan Syiling Perak yang berada diluar dari kemampuan saya. Maklumat lanjut mengenai Syiling Peringatan ini boleh diperolehi di laman web BNM iaitu Syiling Peringatan UiTM.