30 May 2013

Extra Dot (Part 2): 50 sen 1988

Reverse

Obverse
 Post ini ada sambungan kepada Extra Dot (Part 1) 50 sen 1979 yang telah saya kongsikan sebelum ini. Untuk 50 sen 1988 juga mempunyai variety extra dot dan dikhabarkan mempunyai variety 1, 2 & 3 dot. Yang berada dalam simpanan saya hanyalah 3 dot sahaja. Untuk variety yang lain masih didalam pencarian sekiranya ada.



29 May 2013

RM5.00 Siri 7


RM5.00 SIRI 7 (Type 1)
Tahun: 1995 - 1998
Gabenor: Tan Sri Ahmad Mohd Don
Prefix: PW - QJ
Replacement Prefix:NZ07 - NZ08


RM5.00 SIRI 7 (Type 2)
Tahun: 1995 - 1998
Gabenor: Tan Sri Ahmad Mohd Don
Prefix: QK - QW
Replacement Prefix:NZ


Perkongsian untuk hari ini ialah mengenai wang kertas berdenominasi RM5.00 Siri 7. Siri ke 7 ini ditandatangani oleh Tan Sri Ahmad Mohd Don serta mempunyai 2 jenis keluaran.
Bagi keluaran Siri 7 (Type 1), ianya dicetak oleh syarikat Thomas De La Rue manakala untuk Siri 7 (Type 2), ianya dicetak oleh syarikat Canadian Banknote.

24 May 2013

Extra Dot (Part 1): 50 sen 1979







Assalamualaikum, mengikut buku rujukan mengenai syiling dan matawang Malaysia mengatakan ada 3 jenis syiling yang mempunyai 'extra dot'. Syiling-syiling itu ialah 50 sen 1979, 50 sen 1988 dan 5 sen 1982. Mungkin ada lagi syiling lain yang mempunyai 'extra dot' ini tetapi belum direkodkan di dalam buku.


Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan 50 sen 1979 extra dot yang telah saya perolehi. Berpandukan pada gambar yang saya kongsikan di atas, kedudukan extra dot ini boleh dilihat pada bahagian bawah bangunan Parlimen. Pada pendapat saya, extra dot ini dapat dilihat dengan mata kasar tetapi memerlukan fokus yang lebih untuk melihatnya.

22 May 2013

RM5.00 Siri 6


RM5.00 SIRI 6 (Type 1) w/o silverthread + cross
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Tan Sri Jaafar Hussien
Prefix: NE - NK0
Replacement Prefix:NZ008 - NZ018

RM5.00 SIRI 6 (Type 2) silverthread + cross
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Tan Sri Jaafar Hussien
Prefix: NK - NR
Replacement Prefix:NZ019 - NZ034

RM5.00 SIRI 6 (Type 3) silverthread w/o cross
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Tan Sri Jaafar Hussien
Prefix: NR - PW0
Replacement Prefix:NZ035 - NZ07
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, entri hari ini akan berpandukan kepada RM5.00 Siri 6 yang ditandatangani oleh Tan Sri Jaafar Hussien.
Untuk Siri 6 ini, mempunyai 3 jenis variety iaitu Siri 6 (Type 1) yang tidak mempunyai benang keselamatan serta mempunyai tiang berpalang dibahagian belakang. Manakala Siri 6 (Type 2) mempunyai benang keselamatan dan juga tiang berpalang. Untuk siri terakhir iaitu Siri 6 (Type 3) ianya mempunyai benang keselamatan dan tidak mempunyai tiang berpalang dibahagian belakang.

21 May 2013

Variety 20 sen 1973


 Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi mengenai variety 20 sen. Buat masa ini, saya mempunyai variety 20 sen 1973 big '3' dan small '3'. Alhamdullillah, akhirnya saya berjaya mendapatkan variety ini dalam kondisi unc.

Ciri-ciri: Nombor 3 yang besar.

Ciri-ciri: Nombor 3 yang kecil dan mempunyai jarak dengan no 7.


17 May 2013

RM5.00 Siri 5

RM5.00 SIRI 5
Tahun: 1982 - 1984
Gabenor: Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha
Prefix: NA - ND
Replacement Prefix:NZ001 - NZ007

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Sudah lama saya tidak update blog ini dan hari ini terdetik untuk saya kongsikan kepada semua RM5.00 Siri ke 5.
Wang kertas ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Abdul Aziz Bin Haji Taha. Antara ciri-ciri yang terdapat pada wang kertas ini ialah tanda 'cross flag' dibahagian belakang.



03 May 2013

Variety 1 sen 1986





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri saya untuk hari ini berkisar lagi tentang variety syiling malaysia. Seperti syiling malaysia yang lain, syiling 1 sen 1986 juga mempunyai 2 variety yang dikenali sebagai Open '6' dan Close '6'.


Ciri-ciri Open '6' dan Close '6' ini dapat ditentukan melalui font nombor 6 yang dicetak pada reverse syiling tersebut. Pembaca boleh membezakan variety syiling tersebut dengan merujuk gambar diatas.