30 April 2013

RM5.00 Siri 3

Depan

Belakang

RM5.00 SIRI 3
Tahun: 1976 - 1981
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Prefix: A/71 - B/18
Replacement Prefix: -

Antara koleksi yang berada didalam simpanan saya, RM5.00 Siri 3 juga ditandatangani oleh Tun Ismail Mohamed Ali. Wang kertas ini berkeadaan UNC tetapi juga terdapat kesan foxing pada kertasnya.

24 April 2013

Variety 50 sen 1998


Sama seperti post saya yang sebelumnya, Variety 50 sen 2002, 50 sen keluaran tahun 1998 juga mempunyai variety yang berbeza. Variety tersebut ialah small '8' dan big '8'.





Ciri-ciri variety ini mudah untuk dikenali kerana ianya berdasarkan saiz font pada nombor '8' yang berada pada reverse syiling 50 sen 1998. Gambar diatas menunjukkan saiz bagi variety 50 sen small '8' manakala gambar bawah menunjukkan variety 50 sen big '8'.





23 April 2013

$1 1991 Fake + Die Crack


Pada 1989, telah diperkenalkan duit syiling seringgit yang diperbuat daripada aloi tembaga, zink dan timah. Terdapat dua versi iaitu versi awal yang menggunakan lambang '$' dan versi 'RINGGIT' yang diperkenalkan pada tahun 1993. Tetapi pada tahun 2005, syiling seringgit ini telah dikeluarkan dari edaran kerana permasalahan yang timbul serta pemalsuan syiling.





Seperti syiling seringgit yang berada dalam koleksi saya ini merupakan syiling palsu serta mempunyai kesan 'Die Crack' pada permukaan reverse. 'Die Crack' terjadi kerana acuan yang digunakan terdapat kesan retakan semasa proses pembuatan syiling. Maklumat lanjut boleh didapati di Die Crack.

Sumber rujukan: Ringgit Malaysia


22 April 2013

Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri & Pengakap Sedunia




Pada tanggal 30 Mei 2012, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Syiling Peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Ipoh, Perak. Maklumat lebih lanjut boleh dibaca di laman web BNM, Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.






Spesifikasi mengenai syiling peringatan ini boleh diperolehi di link ini, Spesifikasi Teknikal dan Rekabentuk.

18 April 2013

RM5.00 Siri 1

Depan

Belakang

RM5.00 SIRI 1
Tahun: 1967 - 1972
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Prefix: A/1 - A/45
Replacement Prefix: -
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan dengan para pembaca semua koleksi RM5.00 yang ada dalam simpanan saya.
Wang kertas diatas adalah wang kertas RM5.00 siri pertama yang ditandatangani oleh Tun Ismail Mohammed Ali. Wang kertas tersebut telah digunakan bermula pada tahun 1967 sehingga 1972 dan bermula dengan nombor siri A/1 serta berakhir A/45.
Koleksi wang kertas ini berkeadaan Extremely Fine (EF) kerana ada foxing pada kertas tersebut serta keadaan bucu yang tidak tajam.

17 April 2013

Variety 1 sen 2002



Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pembaca semua. Sepanjang saya berkecimpung didalam bidang numismatik ini, melalui perbincangan dengan rakan-rakan numis serta pembacaan dari blog-blog numismatik dapat saya mengenali variety syiling-syiling malaysia.
Untuk entri hari ini, saya akan berkongsi kesimpulan yang saya dapat mengenai variety syiling 1 sen 2002. Buat masa ini, terdapat 3 jenis variety syiling 1 sen 2002 yang dapat dibezakan dengan ciri-ciri yang tertentu.

Variety 1
Ciri-ciri: Bold '1' & Bold 'Bank Negara Malaysia'

Variety 2
Ciri-ciri: Thin '1' & Bold 'Bank Negara Malaysia'

Variety 3
Ciri-ciri: Thin '1' & Thin 'Bank Negara Malaysia'


16 April 2013

RM2.00 Siri 8 - Siri 10


RM2.00 SIRI 8
Tahun: 1996
Gabenor: Ahmad Bin Mohd Don
Prefix: AA -DF
Replacement Prefix: ZA, ZB, ZC

RM2.00 SIRI 9
Tahun: 1998
Gabenor: Ali Abul Hassan Bin Sulaiman (sidesign)
Prefix: DF - DJ
Replacement Prefix: ZD0

RM2.00 SIRI 10
Tahun: 1999
Gabenor: Ali Abul Hassan Bin Sulaiman (center sign)
Prefix: DJ - DY08
Replacement Prefix: -

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua. Entri kita untuk hari ini berkisar kepada wang kertas malaysia yang berdenominasi  RM2.00.
Wang kertas ini telah dikeluarkan bermula Februari 1996 dan hanya terdapat 3 Siri keluaran sahaja untuk wang kertas RM2.00 ini.

15 April 2013

Look Carefully Part 2



Assalamualaikum to all readers out there. Today i'm gonna share what we will find/see if we look carefully at our currency notes.






As you all can see, there are certain words that has been printed on our new notes. These words can be found on all of the new notes starting from RM1 - RM100. The words was 'Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad'. He was the first Yang di-Pertuan Agong of Malaysia.

12 April 2013

Malaya and British Borneo dollar


Reverse

Assalamualaikum dan kita bertemu lagi di post yang baharu untuk hari ini. Wang kertas pilihan untuk hari ini ialah wang kertas Malaya and British Borneo dollar. Ia merupakan mata wang yang digunakan di Malaya, Singapura, Sarawak, British North Borneo dan Brunei bermula dari 1953 hingga 1967.

Obverse
Mata wang yang saya kongsikan ini telah dikeluarkan pada 1 Mac 1959 iaitu selepas kemerdekaan negara pada 1957. Rekabentuk pada reverse wang kertas ini memaparkan bot yang sedang berlayar manakala pada obversenya menunjukkan 5 lambang iaitu Persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei serta pemandangan pelaut yang baru mendarat. Wang kertas ini ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik.

11 April 2013

Look Carefully Part 1



Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Today's topic will be based on our alert sense of our coins. I thought that most people would have not notice about some minor detail on Malaysia's new third coins series. 
Our people would surely notice that our new coins was based on Malaysia's rich culture of flora and fauna that found in Malaysia. But there are some other details that have been stamped on the obverse of Malaysia's 50 cent coins.





As you can see, at the obverse of 50 cent coins was stamped with letter that represent BNM. If we look carefully, we can see the words of 'B', 'N', and 'M' position. 
See you guys soon and i hope that you will find some interesting features in our new coins.

10 April 2013

Variety 50 sen 2002





Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Hari ini saya akan berkongsi tentang syiling malaysia yang mempunyai nilai muka 50 sen. 
Untuk syiling 50 sen 2002, berdasarkan perbincangan dan juga penemuan dengan rakan-rakan numis telah didapati bahawa syiling 50 sen 2002 ini mempunyai 2 variety. Untuk maksud lebih lanjut mengenai variety, para pembaca boleh merujuk laman web ini, Die Variety.










Seperti yang dapat pembaca semua lihat, perbezaan variety untuk syiling 50 sen 2002 jelas ketara pada nombor 50 dan sen. Untuk syiling normal, nombor 50 lebih halus dan sen nya juga sedikit rapat berbanding syiling big '0' yang mana nombor 50 nya lebih bold dan sen nya juga lebih jarak. 
Diharap dengan pendedahan ini, para pembaca akan lebih mempunyai maklumat mengenai variety syiling 50 sen 2002. Selamat membaca.

05 April 2013

Malaysia's New Third Coins Series



Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. On July 26 2011, Bank Negara Malaysia has issued commemorative coin for Malaysia's New Third Coins Series.
A total of 500,000 sets of Malaysia's New Third Coins Series has been produced and each set has cost RM10.00. 
The issuance of the Malaysia's New Third Coins Series are based on Malaysia's beautiful and rich culture that has stunned the world. Each of these coins have been crafted with the form of nature, flora and fauna that can be found in Malaysia. Therefore, it will be a great collection for those that love to treasured those beautiful images in 1 set.






Detail of each coins can be refer on BNM Coins Spec. Enjoy reading!


04 April 2013

RM1 Siri 12



Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Perkongsian kita hari ini berkisar tentang Wang Kertas Siri Edaran Baharu Malaysia. Wang kertas baharu ini telah berada didalam edaran bermula 16 Julai 2012 yang mana ianya bertemakan "Keunikan Malaysia'.

Prefix Pertama: AA
Prefix Gantian: ZA
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai ciri-ciri wang kertas siri edaran baharu ini, para pembaca boleh melayari laman web BNM, Wang Kertas Siri Edaran Baharu. Untuk maklumat mengenai ciri-ciri keselamatan bagi wang denominasi RM1, para pembaca boleh merujuk kepada link ini, RM1 Security Features.

03 April 2013

20sen 2008 DDR







Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Pagi ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai syiling Malaysia 20 sen DDR. DDR atau Double Die Reverse atau Acuan Berganda. DDR ini dikategorikan sebagai Class V (Pivoted Hub Doubling). Maklumat tentang kategori ini boleh dibaca di laman web ini, Class V Pivoted Hub Doubling.

RM1 Siri 11 Triple Alphabets Font

Prefix: AAA -ABW
Replacement Prefix: ZAA



Prefix: ABX - ADT
Replacement Prefix: ZAB

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Rasanya sudah lama saya tidak update blog ini dan hari ini saya akan berkongsi mengenai wang kertas RM1 siri 11 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Zeti Akhtar Aziz. Wang kertas siri 11 ini lebih dikenali dengan 'Triple Alphabets Font' dikalangan pengumpul wang dan syiling.

Prefix: ADU - AFH
Replacement Prefix: ZAC

Prefix: AFJ - AGP
Replacement Prefix: ZAD

Untuk siri 'Triple Alphabets Font' ini, alhamdullillah semua koleksi saya berada didalam keadaan UNC. Cabaran yang dihadapi untuk melengkapkan koleksi tersebut boleh dikatakan datang dari replacement prefix ZAA & ZAC kerana harga yang boleh dikatakan mahal berbanding nilai muka yang tertera. Tetapi minat mengatasi segalanya. Harap anda semua berpuas hati dengan post terbaru saya ini.