23 April 2013

$1 1991 Fake + Die Crack


Pada 1989, telah diperkenalkan duit syiling seringgit yang diperbuat daripada aloi tembaga, zink dan timah. Terdapat dua versi iaitu versi awal yang menggunakan lambang '$' dan versi 'RINGGIT' yang diperkenalkan pada tahun 1993. Tetapi pada tahun 2005, syiling seringgit ini telah dikeluarkan dari edaran kerana permasalahan yang timbul serta pemalsuan syiling.





Seperti syiling seringgit yang berada dalam koleksi saya ini merupakan syiling palsu serta mempunyai kesan 'Die Crack' pada permukaan reverse. 'Die Crack' terjadi kerana acuan yang digunakan terdapat kesan retakan semasa proses pembuatan syiling. Maklumat lanjut boleh didapati di Die Crack.

Sumber rujukan: Ringgit Malaysia


No comments:

Post a Comment