21 May 2014

Syiling Peringatan Sempena Jubli Emas Muzium Negara Ke-50



Pada 2 September 2013, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dan menjual duit syiling peringatan bersempena ulang tahun Muzium Negara Ke-50 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan dicawangannya. Muzium Negara ini telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.

Perincian mengenai syiling peringatan ini boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia, Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Muzium Negara Ke-50.




12 May 2014

5sen 2009 DDO







Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan semua. Perkongsian saya untuk hari ini ialah mengenai syiling 5sen 2009 DDO ataupun lebih dikenali sebagai 'Twin Tower' dikalangan pengumpul syiling DDV.
Syiling ini begitu senang untuk dikenali, melalui doubling pada puncak gasing yang merupakan sebab utama digelar sebagai 'Twin Tower'. Permintaan yang tinggi telah menyebabkan harganya melonjak naik ketika ini. Mujurlah, saya memperolehi syiling ini melalui kaedah pertukaran dengan rakan numis iaitu En Edyham Rabu. Terima kasih kepada beliau, saya mempunyai DDV yang digilai ramai ini






08 May 2014

10sen 2006 DDO


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan semua. Memang sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini kerana kekangan masa. Kini, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan semua penemuan terbaru saya berkenaan syiling DDV. 


10sen 2006 DDO ini merupakan antara syiling yang dicari oleh pengumpul DDV kerana gandaan yang jelas terutama pada bahagian kepala congkak.
Ramai pengumpul DDV menggelarkan ia sebagai 'Ghostly Congkak' dek kerana kejelasan gandaan tersebut. Saya berasa beruntung kerana memperolehi syiling tersebut secara face value. Semoga rakan-rakan diluar sana tidak akan berputus asa untuk memburu DDV ini.