19 November 2014

Retained Cud




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian untuk hari ini ialah antara syiling error yang boleh dikatakan cantik pada mata saya iaitu Retained Major Die Break atau lebih dikenali sebagai Retained Cud. Syiling ini diperolehi didalam edaran semasa proses 'menscan' syiling yang saya terima dari rakan-rakan.


Reverse

Obverse

Disini saya sertakan close up Retained Cud yang terjadi pada syiling ini. Sepertimana yang anda dapat lihat, kesan jelas cud dapat dilihat pada reverse syiling tersebut manakala pada bahagian obverse juga terdapat kesan kabur.

Reverse

Obverse


11 November 2014

20sen 2009 DDR v1




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini saya terjumpa lagi sekeping syiling DDV (Double Die Variety) semasa proses meneliti syiling-syiling yang diperolehi dari rakan saya. Boleh dikatakan bahawa DDV ini antara yang terbaru masuk didalam kategori ini iaitu 20sen 2009 DDR v1.


Gandaan ini dapat dilihat menggunakan kanta, iaitu pada bahagian stigmanya. Ciri-ciri lain ialah notching yang dapat dilihat pada perkataan 'malAYSIA'. Tetapi untuk syiling yang saya simpan ini, keadaannya sedikit lusuh dan perlu pemerhatian yang lebih untuk melihat notching pada perkataan tersebut.