31 July 2013

Syiling 1 Ringgit : 1st Series


Pada 1 May 1971, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling bernilai $1 untuk edaran dan kegunaan orang ramai. Di sekeliling sisi duit syiling tersebut dicetak dengan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Duit syiling ini mempunyai garis pusat berdiameter 23.50mm, mempunyai berat 5.70gm serta berkandungan kupro-nikel. Duit syiling ini ditempa di Kilang Wang, Shah Alam.

Tahun Keluaran: 1971
Jumlah Tempaan:
2 378 995 Keping
 

Tahun Keluaran: 1980
Jumlah Tempaan: 
472 095 Keping


Tahun Keluaran: 1981
Jumlah Tempaan:
764 795 Keping

Tahun Keluaran: 1982
Jumlah Tempaan:
201 550 Keping


Tahun Keluaran: 1984
Jumlah Tempaan:
355 472 Keping

Tahun Keluaran: 1985
Jumlah Tempaan:
301 583 Keping
Tahun Keluaran: 1986
Jumlah Tempaan:
252 473 Keping

30 July 2013

RM10.00 Siri 5


RM10.00 SIRI 5
Tahun: 1982 - 1984
Gabenor: Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix: PA - PQ
Replacement Prefix: QA00 - QA06

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri saya untuk hari ini mengenai wang kertas RM10.00 Siri ke 5 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha. Wang yang berada didalam simpanan saya sekarang ini hanya berkeadaan VF, mungkin jika ada rezeki akan dinaiktaraf ke UNC.

19 July 2013

RM10.00 : Siri 1 - Siri 3


RM10.00 SIRI 1
Tahun: 1967 - 1972
Gabenor: Tun Ismail Mohammed Ali
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix: A/1 - B/90
Replacement Prefix: Z/1



RM10.00 SIRI 2
Tahun: 1972 - 1976
Gabenor: Tun Ismail Mohammed Ali
Cetakan: Thomas De La Rue
Prefix: B/91 - D/98
Replacement Prefix: Z/1 - Z/4



RM10.00 SIRI 3
Tahun: 1976 - 1981
Gabenor: Tun Ismail Mohammed Ali
Cetakan: Bradbury Wilkinson
Prefix: D/29 - F/50
Replacement Prefix: -

12 July 2013

Filled Die: 5 sen 2012

Reverse

Obverse
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post saya hari ini berkenaan syiling 'Filled Die Error'. Error ini merupakan dari kategori 'Struck Through Error'. 
Error ini terjadi apabila gris pada mesin cetakan memasuki acuan syiling yang akan digunakan. Apabila acuan syiling ditekan pada planchet, gris tadi akan menghalang acuan syiling dari melekap secara sempurna kepada planchet.
Maklumat lebih lanjut boleh dibaca pada laman web ini, Filled Die

10 July 2013

Clashed Die: 1 sen 1981


 Pencarian saya dalam melengkapkan koleksi syiling UNC/BU untuk set syiling Parlimen 1981 telah menemukan saya dengan syiling error yang pada saya sangat cantik dan menarik.


Seperti yang pembaca dapat lihat pada 2 gambar diatas, menunjukkan syiling error yang dikategorikan sebagai 'Clashed Die'. Imej Bulan & Bintang serta bangunan Parlimen dapat dilihat pada Reverse syiling tersebut.

Clashed Die berlaku apabila acuan syiling bertemu tanpa ada planchet diatara acuan tersebut. Perkara ini meninggalkan kesan acuan antara Obverse dan juga Reverse pada acuan tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh melayari Clashed Die.


04 July 2013

RM5.00 Siri 12


RM5.00 SIRI 12 (Polymer)
Tahun: 2012
Gabenor: Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
First Prefix: AA
Replacement Prefix: ZA

Penggunaan wang kertas jenis baharu telah mula dipakai pada tahun 2012. Hanya wang berdominasi RM1.00 dan RM5.00 yang menggunakan material polimer seperti wang RM5.00 seperti diatas.

01 July 2013

20 sen 1994: Rotated Error






Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rasanya begitula yang boleh digambarkan pada penemuan saya untuk syiling keydate ini.
Syiling ini ialah syiling 20 sen 1994, yang dikategorikan sebagai keydate kerana mempunyai keluaran sebanyak 2.6j keping. Syiling ini dikategorikan sebagai Rotated Error yang pada pandangan saya rotate sebanyak 135°CW. Ini merupakan syiling yang telah lama berada dalam simpanan saya, dan baru hanya sekarang saya perasan bahawa syiling ini mempunyai error sebegini.

*maaf diatas ketidaktajaman gambar, hanya menggunakan camera handset.