Showing posts with label Variety Syiling Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Variety Syiling Malaysia. Show all posts

10 December 2014

20sen 1989 Variety Betel Nut




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan dengan semua mengenai salah satu variety syiling yang terdapat pada syiling Malaysia.

Variety yang saya kongsikan ini dikenali sebagai variety 'Betel Nut'. Variety 'Betel Nut' ini hanya terdapat pada syiling Malaysia yang berdenominasi 20sen iaitu tahun 1989 dan 1990. Yang saya kongsikan ini ialah variety 'Betel Nut' syiling 20sen 1989.

Untuk gambaran yang lebih jelas, saya sertakan gambar close up untuk variety ini.

Variety Betel Nut

Variety Normal

21 May 2013

Variety 20 sen 1973


 Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi mengenai variety 20 sen. Buat masa ini, saya mempunyai variety 20 sen 1973 big '3' dan small '3'. Alhamdullillah, akhirnya saya berjaya mendapatkan variety ini dalam kondisi unc.

Ciri-ciri: Nombor 3 yang besar.

Ciri-ciri: Nombor 3 yang kecil dan mempunyai jarak dengan no 7.


03 May 2013

Variety 1 sen 1986





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri saya untuk hari ini berkisar lagi tentang variety syiling malaysia. Seperti syiling malaysia yang lain, syiling 1 sen 1986 juga mempunyai 2 variety yang dikenali sebagai Open '6' dan Close '6'.


Ciri-ciri Open '6' dan Close '6' ini dapat ditentukan melalui font nombor 6 yang dicetak pada reverse syiling tersebut. Pembaca boleh membezakan variety syiling tersebut dengan merujuk gambar diatas.

24 April 2013

Variety 50 sen 1998


Sama seperti post saya yang sebelumnya, Variety 50 sen 2002, 50 sen keluaran tahun 1998 juga mempunyai variety yang berbeza. Variety tersebut ialah small '8' dan big '8'.





Ciri-ciri variety ini mudah untuk dikenali kerana ianya berdasarkan saiz font pada nombor '8' yang berada pada reverse syiling 50 sen 1998. Gambar diatas menunjukkan saiz bagi variety 50 sen small '8' manakala gambar bawah menunjukkan variety 50 sen big '8'.





17 April 2013

Variety 1 sen 2002



Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pembaca semua. Sepanjang saya berkecimpung didalam bidang numismatik ini, melalui perbincangan dengan rakan-rakan numis serta pembacaan dari blog-blog numismatik dapat saya mengenali variety syiling-syiling malaysia.
Untuk entri hari ini, saya akan berkongsi kesimpulan yang saya dapat mengenai variety syiling 1 sen 2002. Buat masa ini, terdapat 3 jenis variety syiling 1 sen 2002 yang dapat dibezakan dengan ciri-ciri yang tertentu.

Variety 1
Ciri-ciri: Bold '1' & Bold 'Bank Negara Malaysia'

Variety 2
Ciri-ciri: Thin '1' & Bold 'Bank Negara Malaysia'

Variety 3
Ciri-ciri: Thin '1' & Thin 'Bank Negara Malaysia'


10 April 2013

Variety 50 sen 2002





Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Hari ini saya akan berkongsi tentang syiling malaysia yang mempunyai nilai muka 50 sen. 
Untuk syiling 50 sen 2002, berdasarkan perbincangan dan juga penemuan dengan rakan-rakan numis telah didapati bahawa syiling 50 sen 2002 ini mempunyai 2 variety. Untuk maksud lebih lanjut mengenai variety, para pembaca boleh merujuk laman web ini, Die Variety.










Seperti yang dapat pembaca semua lihat, perbezaan variety untuk syiling 50 sen 2002 jelas ketara pada nombor 50 dan sen. Untuk syiling normal, nombor 50 lebih halus dan sen nya juga sedikit rapat berbanding syiling big '0' yang mana nombor 50 nya lebih bold dan sen nya juga lebih jarak. 
Diharap dengan pendedahan ini, para pembaca akan lebih mempunyai maklumat mengenai variety syiling 50 sen 2002. Selamat membaca.