12 April 2013

Malaya and British Borneo dollar


Reverse

Assalamualaikum dan kita bertemu lagi di post yang baharu untuk hari ini. Wang kertas pilihan untuk hari ini ialah wang kertas Malaya and British Borneo dollar. Ia merupakan mata wang yang digunakan di Malaya, Singapura, Sarawak, British North Borneo dan Brunei bermula dari 1953 hingga 1967.

Obverse
Mata wang yang saya kongsikan ini telah dikeluarkan pada 1 Mac 1959 iaitu selepas kemerdekaan negara pada 1957. Rekabentuk pada reverse wang kertas ini memaparkan bot yang sedang berlayar manakala pada obversenya menunjukkan 5 lambang iaitu Persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei serta pemandangan pelaut yang baru mendarat. Wang kertas ini ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik.

No comments:

Post a Comment