20 March 2013

Syiling BU



Syiling BU

Apakah yang dimaksudkan dengan syiling BU ini? Boleh merujuk kepada link yang saya sertakan ini, BU Coin.
Dari kata lain, syiling BU ini merupakan syiling yang tidak pernah diedarkan untuk kegunaan umum serta mempunyai lustre yang original dari saat pembuatannya di kilang.
Bagi peminat syiling, syiling BU merupakan satu matlamat yang wajar dipenuhi sekiranya ingin mendapat kepuasan dalam hobi ini. Tetapi harus diingatkan bahawa harga syiling BU boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada tahunnya.
Buat masa ini, saya hanya mempunyai 3 keping syiling BU didalam simpanan peribadi. Hajat dihati adalah mengumpul set lengkap mengikut tahun tapi itu semua bergantung kepada keberadaan stok serta kekuatan wang ringgit saya sendiri.



6 comments:

  1. bro,. boleh tak coin yg kita dapat dari mana2 kaunter yg baru bukak dalam plastik dianggap BU Coin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena tgk cond dia dulu...kalau lustre dia masih original dan confirm mmg baru dari kilang boleh la consider UNC/BU. Tp utk kepastian kita boleh bertanya kpd mereka yg lebih arif dalam grading. Saya hanya boleh membantu mana yg boleh.

      Delete
  2. salam,
    Memang bukan senang untuk menentukan syiling itu baru dikilangkan kalau kita tak sempat bekerja dekat kilang koin atau mengikuti hingga syiling semua itu dikeluarkan dari beg dan terus diletakkan keatas tangan kita. Banyak syiling UNC/BU pun boleh didapati dari pengedaran umum juga dan bergantung setakat pengesahan kita dan tidak memerlukan pengesahan samada ia baru dikilangkan.
    Syiling BU/UNC memang mempunyai ciri-ciri tersendiri berbanding dengan syiling2 yang telah lama diperedarkan yang biasanya/semestinya mempunyai bukti-bukti pengedaran (wear).
    seronok tengok semua syiling BU!!
    TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,
      Ya, memang benar apa yang dikatakan tuan kerana kebanyakan syiling telah diedarkan didalam kuantiti yang banyak selepas dibuat dikilang. Gred UNC/BU banyak bergantung kepada pemerhatian mata kasar kita sahaja.

      Delete
  3. Salam saudara Irwan,

    Tahniah dengan pembukaan blog ini. Nanti bolehlah kita tukar-tukar pendapat tentang syiling error dan key date coin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,
      Terima kasih Aisyah Nabila kerana sudi bertandang ke blog saya. Memang kewujudan blog ini untuk perkongsian maklumat antara numis. Diharap jika ada salah dan silap mengenai fakta yang saya tulis disini mohon diperbetulkan.

      Delete