24 May 2013

Extra Dot (Part 1): 50 sen 1979







Assalamualaikum, mengikut buku rujukan mengenai syiling dan matawang Malaysia mengatakan ada 3 jenis syiling yang mempunyai 'extra dot'. Syiling-syiling itu ialah 50 sen 1979, 50 sen 1988 dan 5 sen 1982. Mungkin ada lagi syiling lain yang mempunyai 'extra dot' ini tetapi belum direkodkan di dalam buku.


Untuk entri hari ini, saya akan kongsikan 50 sen 1979 extra dot yang telah saya perolehi. Berpandukan pada gambar yang saya kongsikan di atas, kedudukan extra dot ini boleh dilihat pada bahagian bawah bangunan Parlimen. Pada pendapat saya, extra dot ini dapat dilihat dengan mata kasar tetapi memerlukan fokus yang lebih untuk melihatnya.

5 comments:

  1. Syiling extra dot ini sebenarnya berpunca dari alatan gouge yang digunakan semasa pembersihan die. Sebab gougenya berbentuk bulat tu yang panggil extra dot. Ada juga Die Gouge yang berbentuk panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini. Jadi boleh dikatakan Die Gouge dan extra dot adalah perkara yang sama kan?.

      Delete
  2. Error sebenar adalah Die Gouge Error. Di Malaysia memang popular dengan extra dot mungkin sebab kesan gouge yang berbentuk bulat lebih dahulu dikesan kehadirannya. Kalau di luar negara banyak juga kesan gouge yang berbentuk panjang. Sama je. Lebih menarik kalau dapat syiling yang jelas kesan kikis disekeliling objek. Saya ada juga jumpa gouge begini. Dah tentu tak boleh panggil extra dot lagikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mungkin kerana di Malaysia extra dot telah dibukukan awal yang menyumbang kepada populariti extra dot melonjak. lihat sahaja pada populariti 5 sen 1982 extra dot, ramai yang mencarinya.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete